CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

::AKU,ASRUL DAN KISAH CINTA TERAGUNG PART 1::

assalamualaikum wbt.................

okey kawan2 ku semua.arini aku nak bercerita pasal seorang jejaka yang bernama mohd asrul umar mohd sabri(actually this entry has been requested by him).untuk versi yang pertama ini,aku akan cite pasal mamat ni masa kitorang sekolah menengah.buat pengetahuan korang,aku dengan asrul ni satu sekolah masa form 4 & form 5 di sekolah berasrama penuh integrasi temerloh.secara jujurnya,masa aku mula2 tau nama dia,aku nak tergelak sebab nama dia cam orang tua sebab ada umar,tapi nama dia unik pada pandangan aku.seingat aku,mula2 sekali aku jumpa dia masa interview naj jadi pengawas sekolah.kebetulan aku satu group dgn dia dan setiap orang dalam group tu diberi tajuk yang berbeza dan kitorang disuruh buat macam public speaking depan calon2 pengawas yang lain dan cikgu penilai.masa tu aku diberi tajuk remaja,senang tapi ntah kenapa masa tu otak aku macam stuck dan xde idea nak cakap pasal apa.asrul plak dapat tajuk pasal petroleum,aku ingat lg tau dan dia pun xtau sampai sekarang aku masih ingat sume tu.mesti dia terharu nanti,ki3.nak dipendekkan cite,aku memang sah la tak terpilih untuk jadi pengawas dan asrul terpilih dek kerana kewibawaannya(ye ke????).tak silap aku,dia siap jadi ketua disiplin lagi tau.korang tau tak,dulu asrul terkenal sebagai budak yang terlalu skema.skema sangat2 tau,dengan songkok tinggi atas kepala,kasut berkilat sampai boleh wat cermin,baju sentiasa di iron dan yang paling aku tak tahan,kalau time dia jalan,mesti dia tundukkan kepala dan jalan laju2.ki3,macam pape je.masa form 4,kitorang xsekelas(nasib baik).dia kelas 4C aku plak 4B.masa pertengahan tahun,mula la tersebar khabar angin yang asrul ni suka kat aku.aku pun heran,apesal plak aku boleh dikaitkan dengan dia.menurut cite asrul sendiri,dia mula jatuh hati pandang pertama masa terpandang aku dalam bilik seminar masa minggi orientasi budak2 form 4.dia kata muka aku masa tu comel dan cute je dan aku yang paling terserlah keayuan.ki3,bukan aku bangga diri tau,asrul yang cakap sendiri.pastu,gosip pasal aku dan asrul tersebar luas.diburukkan lagi dengan budak2 laki kelas aku yang sememangnya suka mengusik aku dan sokmo ejek aku dengan asrul.diorang bagitau aku,asrul kata aku macam bidadari.masa tu memang aku rasa meluat dan menyampah gila2 sebab digosipkan dengan dia.sampaikan tiap kali aku lalu tepi bangunan aspura,akan ada suara2 yang mengejek aku dan aku tau sape dalangnya.dan kalau asrul lalu tepi kelas aku,memang satu kelas akan riuh rendah mengejek aku.aku memang tak akan lalu tepi kelas asrul sebab aku tau,mesti kelas dia pun akan riuh jugak nanti.aku sanggup round ikut bwah kelas dia semata2 tak nak lalu tepi kelas dia.walaupun budak2 batch aku sume kata asrul suka kat aku,tapi dia xpenah pulak nak approach aku.tapi dia penah tegur aku sekali masa kat sekolah aku ada pesta permainan tradisional kot.time tu aku tenhag dok atas meja sorang2 dan tetiba dia datang dan cakap mintak maaf sebab sume khabar angin tu.masa tu aku cakap dalam hati,ntah pape je mamat ni,nak mintak maaf konon.gosip kitorang berdua terus tersebar sampai akhir tahun.dan kemuncak nya,ada satu malam tu,sume kelas kena bersihkan kelas masing2 sebab cuti dah nak mula.aku pun tutur sama bersihkan kelas dengan geng2 sekelas.tetiba,datang kawan perempuan sekelas dgn aku,mc am namanya.dia dengan kalut bagitau aku suh temankan dia pegi tandas sebab ada hal berkenaan wanita.aku yang tak syak apa2,terus la ikut dia.masa nak turun tangga tu,tetiba aku ternampak asrul tengah mundar-mandir kat koridor.aku terkejut gile dan tak sangka mc am bersekongkol dengan asrul.mc am cakap asrul nak jupe aku.nak jupe apenya malam2 buta macam tu.aku terus lari naik ke kelas.mc am ada jugak tarik2 tangan aku tapi aku tekad tak nak jupe asrul dan aku xbersedia untuk sume tu.keesokannya,mc am pun bagi la satu hadiah kecil dari asrul sambil dia tersenyum2 mengusik aku.pastu sume pelajar bercuti sekolah penggal dua sebelum naik ke tahun baru.masa cuti tu,asrul penal tepon aku sekali.masa tu aku xde henpon lagi,so dia tepon umah aku.terkejut beruk aku dan aku rasa geram gila2.ntah pape je tepon anak dara orang.last2 aku letak tepon tu macam tu je.dia pun ada antar email jugak.dia kata dia akan antar email kat aku tiap2 ari supaya aku xbosan.alahai encik asrul ni..............kebetulan masa cuti tu raya puasa tak lama lagi.time tu aku dapat banyak gak kad2 raya.salah satunya dari asrul la.akak aku siap ejek aku lagi sebab dia yang mula2 baca kad tu.hampeh betul.tapi sampai sekarang aku simpan kad raya asrul tau..(^_~)

penggal baru pun bermula dan ditakdirkan aku sekelas dengan dia.sepanjang aku form 5,memang aku jadi pasif gile sebab aku tak selesa sekelas dengan asrul.tapi yang peliknya,sepanjang kitorang sekelas tu,xde plak gosip yang melanda.senyap macam tu je.aku ingat mesti asrul dah berputus asa nak tackle aku.mesti la kena jual mahal sikit,ape barang jual murah2.aku teringat satu insiden yang melucukan.dalam kelas,aku dok barisan depan sekali,tepi pintu.asrul plak dok belakang sekali.sepanjang form 5 tu,seingat aku,asrul xpenah guna pintu depan.aku tak tau sebab ape tapi aku agak mesti ada kaitan dengan aku.ada satu hari tu,tetiba je dia guna pintu depan untuk ke tandas.masa tu pintu tertutup lagipun masa tu cikgu tengah ngajar.masa asrul nak bukak tombol pintu tu,entah kenapa dia try banyak kali nak pusing tombol tu tapi xboleh2 jugak.satu kelas gelakkan dia,diorang kata asrul nervous sebab lalu depan aku.kelakar gila la.xde peristiwa menarik yang berlaku sampai la kitorang habis exam SPM.aku ingat lepas exam,asrul nak luahkan perasaan dia kat aku.walaupun aku tak suka dia time tu,tapi kalo dia nak declare ape salahnya,ki3.tapi hampeh,xde ape pun yang jadi.aku ingat kitorang akan putus setakat tu je.tapi masa aku kat matrik,sesuatu yang di luar jangkaan berlaku.korang nak tau ape yang jadi?????so,pastikan tunggu part2 yang akan datang.sampai di sini sahaja coretan aku untuk kali ni.adiosssssss

Friday, March 7, 2008

::ALAMAK!!! VIRUS SEDANG MENGGANAS::

ASSALAMUALAIKUM WBT..........................

huhh....virus virus dan virus.hidup aku sekarang ni diselubungi virus.mula-mula aku punya handphone rosak sebab virus.begini alkisahnya...tengah syok aku dok mesej,tetiba je hp tu off sendiri.aku try nak on balik tapi xboleh.aku dah cuak gile sebab malam tu asrul ada masuk nasyid,so aku kena la selalu mesej untuk bagi semangat.at last aku putus asa gak dan biar je hp tu macam tu.nasib baik aku ada hp satu lagi jenama LG.hp murah dan biase je tapi yang aku heran ramai plak yang puji hp aku lawa dan kiut.ki3,tengok le tuan hp tu sape.aku pun bagitau mami aku pasal hp tu dan sebenarnya aku berharap sangat mami aku bagi beli yang baru.tapi alangkah kecewanya aku bila mami aku kata suruh bagi hp tu kat dia sebab nak tolong gi baiki.aku dengan berat hati dan frustnya bagi jela hp tu dan berharap xboleh diselamatkan lagi (hi3,jahat betul kan).tapi apakan daya,hp nokia 6600 aku masih mau bersama tuannya yang berhati mulia ni.tapi yang hampehnya,hp aku kena format balik dan bermakna habis hilang program yang ada kat dalam tu.sekarang ni hp aku ada benda-benda basic dan membosankan je.lantakla,asalkan boleh wat mesej dan tepon.tapi aku dah tak guna memori card sebab aku rasa dalam card tu penuh dengan virus.kang xpasal-pasal hp aku masuk ICU balik.so,aku xboleh dah nak masukkan gambar dari hp aku ke laptop.so,xde la gambar aku yang terkini dan lagi cun.harap maklum ye sume.....

sekarang ni pulak laptop aku diserang virus trojan bertubi-tubi.ish,menjengkelkan je,asal aku klik je kuar amaran dari kaspersky yang turut mengeluarkan bunyi yang membingitkan telinga.sume ni berpunca dari pendrive aku la yang terlebih dahulu diserang.sebelum ni asrul yang pinjam laptop aku sebab aku suruh dia masukkan movie2 yang terhangat di pasaran.lagipun laptop asrul yang antik tu dah rosak sebab dari dulu lagi dok menternak virus.akhirnya sampai gak ajal laptop kesayangan dan pujaan asrul tu.tapi dia kata nak beli yang baru tapi masalahnya duit pulak xdop.so,no money no talk babeh.back to the story,macam mana aku nak selesaikan masalah virus nih.dahla sekarang wireless kt usmkk ni hampeh gila-gila,xboleh la nak update anti virus.so,patut kah aku format balik laptop nih.tapi sayang la sebab banyak benda dalam ni.tapi kalo dibiarkan virus ni bermaharajalela,kang xpasal2 laptop aku mengikut jejak langkah laptop asrul punye.ish,nauzubillahiminzalik.....................


add:berdebar2 menunggu keputusan pru malam ni.insya ALLAH pihak yang benar akan beroleh kejayaan.A-MIN

::PILIHANRAYA UMUM KE-12::

assalamualaikum

hmmmm,sebenarnya aku ada tulis entry yang lain.tapi memandangkan esok 8 mac 2008 adalah pilihanraya umum ke-12 di malaysia ni,aku khususkan entry ni untuk pru esok.pertamanya aku nak sebut pasal peranan media massa dan media elektronik dalam mempromosikan parti2 yang bertanding.tapi,aku rasa sangat2 tidak adil kalau stesen tv,radio dan surat khabar hanya promote untuk satu parti sahaja.memang la sume tu dimiliki kerajaan tapi jangan la menidakkan hak parti lain untuk melaungkan manifesto mereka.2-3 hari yang lepas aku ada kat umah dan keje aku semestinta dok tengok tv je.yang aku naik maluat dan menyampah,iklan yang sama diulang beribu2 kali sehari sampaikan aku boleh hafal dialog iklan tu dalam masa sehari!!lagu pilihanraya pulak dah nak termuntah aku dengar.tu dalam tv,kalo kat paper,lagi la teruk.kalo paper milik kerajaan punye,memang penuh artikel pasal kutuk pihak pembangkang.isu yang remeh-temeh sengaja diperbesarkan dan kadang2 aku tergelak baca artikel tu.pastu sume orang2 besar parti sibuk nak bagi komen la,pendapat la,kutuk mengutuk la yang menampakkan sangat saja je nak mencapub.pastu ada pulak orang2 yang dah nak dekat sangat dengan pru ni,boleh pulak keluar parti.keluar parti tu,masuk parti ni,keluar parti sana,masuk parti sini.pada aku,orang2 yang macam ni saja je cari alasan nak masuk tv dan paper.kalo nak keluar parti,kenapa time sekarang ni.dan aku rasa perlu ada pihak yang betul2 telus yang boleh menguruskan pru ni.jangan la sampai kredibiliti pihak tersebut senang2 sahaja dipersoalkan dan aku rasa pihak yang menguruskan pru sekarang memang langsung tidak boleh dipercayai.aku berharap rakyat kelantan khususnya membuat pilihan yang betul dan tepat.aku tak mahu tengok negeri serambi mekah ni mengikut jejak langkah negeri2 lain yang akhlak sosialnya sudah tunggang terbalik.insya ALLAH pihak yang benar akan beroleh kejayaan.........

takbir!!!!!!!!ALLAHUAKBAR.............